Terkini

Kebocoran Kertas Pentagon, FBI Berkas Staf Tentera Udara AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 April 2023 – Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat (AS) telah bertindak membuat penangkapan pada Khamis lalu berkenaan dengan kebocoran dokumen-dokumen risikan ketenteraan AS.

Menurut Peguam Negara AS, Merrick Garland, penangkapan seorang ahli US Air Force National Guard yang berusia 21 tahun itu telah berlaku “tanpa sebarang insiden”.

BACA JUGA: Azan Awal, Masyarakat Bergantung Azan Masjid Jame’ Badlishah Diminta Qada’ Puasa

BACA JUGA: JAKIM Sangkal Dakwaan Kenampakan Hilal Syawal 1443H Terbatal

BACA JUGA: Suspek Guna QR Palsu, Curi Wang Derma Diberkas

Menurut Garland lagi, tangkapan terhadap Jack Teixeira itu telah dibuat “berhubung sebuah penyiasatan terhadap tuduhan mengeluarkan, menyimpan serta menyebarkan maklumat rahsia pertahanan negara secara tidak sah”.

Berkenaan kebocoran maklumat tersebut, para pegawai Pentagon menyatakan bahawa pihak mereka masih menilai skala serta sudut kebocoran itu. Dokumen yang dibocorkan itu dilihat mengandungi maklumat-maklumat rahsia berkenaan peperangan di Ukraine dan juga para sekutu AS.

Namun para pegawai turut mendakwa bahawa sebahagian kandungan dalam dokumen-dokumen tersebut telah diubah.

Pada kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu, Garland menyatakan bahawa Teixeira akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah di Massachusetts namun beliau tidak menyatakan sebarang tarikh bagi perbicaraan tersebut.

Media-media di AS telah melaporkan berkenaan dengan kebocoran maklumat tersebut pada minggu lalu dan perkara ini telah membuatkan Presiden AS, Joe Biden kelam kabut dalam mengendalikan hal itu di mana dokumen tersebut memuatkan kelemahan keupayaan pertahanan udara di Ukraine dan juga mendedahkan tentang penilaian persendirian oleh para sekutu AS dalam pelbagai hal perisikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: