KDN, Sila Ambil Tindakan Terhadap Beberapa Pendakwah Islam – Menteri Sumber Manusia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 24 Februari 2022 – Menteri Sumber Manusia, M Saravanan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan ke atas beberapa pendakwah Islam yang didakwanya sebagai telah mengeluarkan kata-kata hasutan terhadap agama lain.
BACA: Kenyataan Provokatif: P. Ramasamy Disiasat Polis
BACA: Polis Mesti Ambil Tindakan Terhadap Pihak Berkuasa Agama Perlis – P. Ramasamy
BACA: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P. Ramasamy
“Ada satu dua yang kerap mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sebegitu. Malah ini bukan perkara baru.”
“Saya sudah bercakap dengan Menteri Dalam Negeri dan dalam kebanyakan kes, bukan mudah untuk mendakwa mereka atas pelbagai alasan,” katanya yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC itu.
Menurut portal The Malaysian Insight, sejak kebelakangan ini, pertubuhan-pertubuhan Hindu banyak membuat laporan polis terhadap beberapa pendakwah Islam tersebut berkenaan kenyataan mereka yang disifatkan sebagai menyinggung sensitiviti agama mereka.
Antara pendakwah yang mempunyai laporan polis terhadap mereka ialah Ustaz Firdaus Wong, Zamri Vinoth Kalimithu, Ahmad Iqram Mohd Noor dan juga Ridhuan Tee Abdullah.
Terdapat juga beberapa pendakwah lain yang dikatakan sebagai telah “menghina agama lain” iaitu Syakir Nasoha, Idris Sulaiman dan Abdul Halim Abdullah.
Menteri itu juga menegaskan untuk membangkitkan isu ini dalam Kabinet sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan tindakan KDN.
“Ia agak terlalu awal (untuk dibawa ke Kabinet).
“Setakat ini dan melainkan saya tidak berpuas hati dengan KDN, maka mungkin saya akan membawanya ke Kabinet.
“Setakat ini, saya rasa KDN amat memberi sokongan.”