Tempatan

Kawalan Harga Beras Bakal Dimuktamadkan Minggu Hadapan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUKIT MERTAJAM, 17 Februari 2024 – Kerajaan akan memuktamadkan kawalan harga beras semasa mesyuarat khas Majlis Tindakan Kebangsaan Bagi Kos Sara Hidup (Nacool) minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin harga beras dapat diturunkan dan seterusnya meringankan beban rakyat.

“Mesyuarat itu ditangguhkan ke minggu hadapan. Kita akan putuskan harga terkawal beras semasa mesyuarat tersebut,” katanya ketika berucap pada program jualan MADANI di Bandar Perda, pada Jumaat.

Tambah beliau, kerajaan akan meneliti dengan teliti butiran komoditi penting sebelum sebarang Keputusan dimuktamadkan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia MADANI berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: