Tempatan

Kartel Ikan: Bot Ikan Besar Disyaki Turut Seludup Pelacur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 06 Julai 2022 – Bot ikan besar yang dikaitkan dengan kartel perikanan baru-baru ini turut disyaki terlibat dalam penyeludupan pelacur wanita dari Vietnam.

Lapor sumber kepada pihak Utusan, pihak berkuasa mengesyaki kegiatan menyeludup pelacur asing ke negara ini dijalankan menggunakan mothership (bot besar) melalui jalan laut.

“Bot terlibat juga dipercayai terlibat menyeludup pelacur-pelacur dari Vietnam untuk masuk ke negara ini,” ujar sumber berkenaan kepada Utusan.

Tambahnya lagi, mothership yang ditemui di tengah lautan itu datang dari Thailand dan Vietnam dan diibaratkan seperti hotel berikutan ia dilengkapi dengan tempat rehat, hidangan makanan serta menjadi tempat istirehat di atas lautan.

Kelmarin, Samudera.my melaporkan bahawa kartel-kartel ini dipercayai melakukan jual beli haram ikan ditengah laut diikuti dengan nelayan tempatan yang menjadi tali barut menjarah hasil ikan negara sendiri.

Bukan itu sahaja, kartel-kartel itu juga dipercayai melakukan penindasan kepada warga nelayan hingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga ikan dan hasil laut.

Justeru, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengatakan bahawa susulan kejadian itu pihak Kerajaan terpaksa mewujudkan insentif pendaratan ikan sebanyak 10 sen sekilogram bagi menggalakkan nelayan mendaratkan ikan ke pelantar-pelantar milik LKIM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: