Kanak-Kanak Pribumi Colombia Ditemui Selamat Setelah 40 Hari Hilang Di Hutan
BOGOTA, 12 Jun 2023 – Empat kanak-kanak pribumi Colombia ditemui oleh sepasukan tentera dan sukarelawan dalam satu operasi mencari dan menyelamat yang digelar “Operasi Harapan”, selepas pesawat mereka terhempas di hutan Amazon pada Mei yang lalu.
Penglibatan lebih 80 sukarelawan tempatan dari wilayah Orang Asli di Jabatan Caqueta, Putumayo, Meta dan Amazonas, yang pakar dalam pencarian bersama kira-kira 100 tentera Colombia, turut memainkan peranan penting dalam penemuan kanak-kanak empat beradik itu.
Empat beradik itu yang berusia 13, sembilan dan empat tahun serta bayi yang kini berusia 12 bulan terselamat dalam nahas pesawat kecil pada 1 Mei lalu yang meragut nyawa seorang dewasa, juruterbang dan ibu mereka.
BACA JUGA: JAKIM Sangkal Dakwaan Sijil Halal Mahal, Hanya RM200
BACA JUGA: Orang Awam Dijemput Beri Pandangan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara
BACA JUGA: Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini
Luis Acosta dari Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Colombia (ONIC), yang mengambil bahagian dalam operasi mencari berkata, kanak-kanak itu memakan biji, buah, akar dan tumbuhan yang mereka kenal pasti boleh dimakan. Mereka tahu apa yang perlu dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan.
Menurutnya lagi mereka terselamat kerana ini dan kekuatan rohani mereka. Mereka adalah kanak-kanak Orang Asli dan mereka mengenali hutan dengan baik, sambil menambah bahawa mereka tahu bagaimana untuk terus hidup di dalam hutan.
Merujuk kepada ketua tentera Helder Giraldo, pasukan penyelamat telah melakukan perjalanan sejauh lebih 2,600 kilometer (1,650 batu) untuk mengesan kanak-kanak itu. Semasa pencarian, pihak tentera sentiasa berdampingan dengan pakar penjejak dari Orang Asli selama 20 hari.
Kanak-kanak itu telah disatukan semula dengan keluarga mereka selepas mereka diselamatkan pada hari Jumaat sejurus selepas mereka mendapat rawatan di hospital tentera di ibu negara Bogota.