Antarabangsa

Kaligrafi Arab Kini Diiktiraf Warisan UNESCO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ARAB SAUDI, 19 Disember 2022 – Kaligrafi Arab kini tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (Intangible Cultural Heritage of Humanity) oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), lapor sebuah agensi berita Timur Tengah.

Menteri Kebudayaan Saudi, Putera Badr Bin Abdullah Bin Farhan berkata,

“Kami mengalu-alukan tulisan kaligrafi Arab, yang merupakan hasil daripada perjuangan Kerajaan dalam aspek yang sangat berharga dalam budaya Arab asli ini.”

Terdahulu, kerajaan itu telah mengisytiharkan tahun 2020 dan 2021 sebagai “Tahun Kaligrafi Arab” yang juga merupakan seruan agar seni itu dimasukkan dalam senarai UNESCO.

Menurut kenyataan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kaligrafi Arab ini merupakan “latihan artistik menulis tulisan Arab dengan cara yang lancar untuk menyampaikan keharmonian, keanggunan dan keindahan”.

Dalam pada itu, Warisan Budaya Tidak Ketara ini ditakrifkan oleh UNESCO sebagai faktor penting dalam mengekalkan kepelbagaian budaya dalam menghadapi globalisasi yang semakin meningkat.

Katanya, kepentingan tersebut bukanlah manifestasi dari budaya itu sendiri tetapi kekayaan pengetahuan dan kemahiran yang dihantar melaluinya dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Memetik kepada agensi itu lagi, kaligrafi Arab bermula dengan versi tulisan tangan pertama al-Quran oleh Zaid Ibnu Thabit sewaktu zaman Khalifah Othman Ibnu Affan.

Versi itu ditulis menggunakan skrip Jazm di mana ia merupakan pendahulu kepada skrip Kufic.

Untuk makluman, kaligrafi Arab adalah antara 35 entri baharu dalam senarai warisan tersebut selain sulaman Palestin dan tradisi Falconry berusia 4,000 tahun yang masih diamalkan sesetengah negara terutamanya negara Teluk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: