Antarabangsa

Jenayahkan Mereka Yang Nafikan Perubahan Iklim – MP Itali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ITALI, 25 Julai 2023 – Pemimpin bersama Green Europe merangkap ahli parlimen, Angelo Bonelli telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mempersembahkan cadangan undang-undang bagi menjenayahkan sesiapa yang menafikan perubahan iklim.

Kenyataan tersebut telah dibuat pada Khamis lalu, di mana dalam kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa beliau menganggap yang kerajaan Itali adalah bersalah dalam hal ini. Ujarnya,

“Itali telah menjadi ‘hotspot’ iklim dengan berlakunya peningkatan siri kejadian cuaca ekstrem yang mana ianya telah menyebabkan kerosakan besar di seluruh negara”.

BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak

BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Cabar Pihak Berkuasa

Menurutnya lagi, kerajaan yang beliau sifatkan sebagai “para penafi, yang tidak mempedulikan tentang klimat” sepatutnya memikirkan tentang kerugian sejumlah 10 bilion euro yang disebabkan oleh kejadian-kejadian iklim yang ekstrem di negara tersebut pada tahun ini.

Katanya lagi kerajaan juga perlu memikirkan tentang kerugian berjumlah 5.6 juta pada sektor penanaman pada tahun lalu yang disebabkan oleh banjir dan kemarau.

Namun Perdana Menteri, Giorgia Meloni telah membuat sebuah kenyataan menegaskan bahawa kerajaan beliau bukan menafikan hakikat perubahan iklim, namun mereka mahu sebuah pendekatan yang bersifat pragmatik dalam mencapai kelestarian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: