Tempatan

Jemputan Pelancaran Produk ‘Dihidang’ Bahasa Mandarin Sepanjang Majlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 April 2022 – Seorang jemputan dalam sebuah majlis pelancaran produk meluahkan rasa kecewa apabila majlis yang dihadirinya itu menggunakan bahasa Mandarin dalam setiap slot termasuk sesi persembahan.

“Untuk pengetahuan anda, MC memang dual-language. Tetapi slot-slot lain termasuk persembahan, semua dalam Mandarin,” ujar pengguna itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

“Ingat launching product di China tadi. Baru sedar saya di Malaysia tapi main language Chinese. Kalau Korea ok lagi.”

Tetamu jemputan itu menyatakan bahawa beliau sudah menapak dalam industri Teknologi Maklumat (IT) sejak 2013 dan tidak rasis akan keadaan itu namun beliau lebih bersikap patriotik.

Beliau juga mengakui bahawa dirinya tiada masalah untuk menghormati majoriti biarpun kebanyakan pekedai terdiri daripada orang Cina manakala pekedai-pekedai Melayu, India dan bangsa lain pula boleh dikira dengan jari.

Namun begitu, baginya pihak penganjur majlis tersebut seharusnya sensitif dengan perkara seperti itu.

Hal ini kerana, penggunaan bahasa Mandarin secara keseluruhan di sepanjang majlis tersebut turut membuktikan bahawa orang atasan produk itu mengamalkan sikap rasis.

“Tapi saya anti dengan event yang dibuat secara total dalam Mandarin seperti dalam video ini. Kita rakyat Malaysia, kalau anda tidak pandai berbahasa, itu pun sudah salah tapi saya faham, cuma, gunalah English. Semua orang faham.”

“Tahun 2022 tapi masih berperangai sebegini, keji,” ujarnya.

Semalam, tular satu hantaran rakaman video di laman sosial Facebook memaparkan sebuah majlis pelancaran produk yang menggunakan bahasa Mandarin sepanjang majlis.

Hantaran itu mendapat perhatian warga maya apabila ada yang turut mengkritik majlis tersebut.

“Datang event untuk faham explanation. Last-last balik event satu pun tak faham,” tulis seorang pengguna Facebook di ruangan komen.

“Sebab tu kena sokong usaha PM nak martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: