NGO

20K Pelajar Islam Terjejas, Tiada Jawapan Jelas Exco Agama Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (IGuru), Pertubuhan Pencinta Ulamak( Geng Ustaz) telah meneliti kenyataan Exco Agama Selangor berkaitan respons beliau kepada kenyataan kami yang bertajuk di atas.

Kami merasakan bahawa kenyataan tersebut tidak memberikan apa-apa jawapan yang jelas bagi membantu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku kepada pihak Sekolah Islam Persendirian (SIP).

Sewajarnya Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tampil memberikan penjelasan terhadap isu yang berlaku. Garis panduan permohonan Kelulusan Merancang yang dikeluarkan telah memberi kesukaran yang melampau dengan syarat yang sangat sukar untuk dipenuhi serta keperluan bagi melantik konsultan dengan bayaran fee yang tinggi.

Kami mendesak agar satu pertemuan khas diadakan bagi membincangkan perkara tersebut dengan pihak PBT yang terlibat dengan JAIS menjadi peneraju dan pemudah cara.

Kami mohon agar kerajaan Negeri dan institusi yang terkait seperti PBT, BOMBA dan Kesihatan dapat memahami apa yang sedang berlaku dan dapat membantu melancarkan dan mempermudahkan proses permohonan pihak sekolah dengan telus, cekap dan lancar.

Kami mencadangkan agar pihak JAIS memberi kebenaran khas kepada sekolah agar murid dapat mengambil peperiksaan UPKK dan PSRA semasa menunggu kelulusan proses permohonan pendaftaran semula sekolah.

Kami juga memohon agar segala bantuan seperti One Off, penyelenggaraan dan bantuan awal persekolahan ini dapat segera disalurkan kepada murid semasa proses permohonan masih berjalan.

Pihak kami juga bersetuju dan bersedia untuk membawa perkara ini sehingga ke mahkamah bagi mendapatkan keabsahan syarat dan garis panduan yang disyaratkan bagi mendapat kelulusan kepada pihak sekolah.

Persetujuan juga dicapai untuk memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku kepada baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Sewajarnya semua pihak yang berkepentingan perlu duduk di meja rundingan bagi menyelesaikan isu ini dengan baik demi kepentingan pembangunan pendidikan Islam di Negeri Selangor.

Mohd Zai Mustafa
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM)

Dr Nik Noor Azlida Datuk Husain
Pengerusi
Gabungan Sekolah Islam Selangor
(GASIS)

Ust Mohd Azizee Hasan
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-GURU)

Ust Mohd Yusof Bin Abdullah
Setiauasaha
UMMAH Negeri Selangor

Ust Wan Hairul
Pertubuhan Pencinta Ulamak Malaysia
(GENG USTAZ)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: