Tempatan

Jauhi Kawasan Terbuka Ketika Petir, Kilat – Safar Untong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 27 April 2023 – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong mengingatkan orang ramai agar menjauhi kawasan terbuka sewaktu keadaan petir dan kilat.

Ia adalah susulan daripada insiden dua remaja yang terkena panahan petir di Papar kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, kejadian fenomena petir atau kilat yang berlaku di beberapa tempat akan menghasilkan sambaran petir ataupun kilat yang boleh mengenai manusia sekiranya berada di kawasan terbuka.

Sambaran petir atau kilat sekali gus akan mengakibatkan kecederaan serius bahkan boleh membawa maut.

BACA JUGA: Operasi Pembenihan Awan Dijangka Bermula Akhir Bulan Ini

BACA JUGA: Dua Jenama Mi Segera Diarah Tarik Balik, Mengandungi Bahan Berbahaya

BACA JUGA: Al-Quran Ditemui Dalam Dasar Laut, Masih Boleh Dibaca

Dalam pada itu, Pengarah Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim turut berkata bahawa ketika ini negara sedang berada dalam fasa peralihan monsun yang bermula pada 23 Mac lalu dan dijangka berlarutan hingga pertengahan Mei ini.

“Keadaan ini kondusif untuk pembentukan ribut petir dan kadangkala disertai kejadian angin kencang terutamanya pada sebelah petang dan awal malam.”

Justeru, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika keadaan cuaca tersebut kerana ia boleh menyebabkan terdedah kepada panahan petir serta angin kencang.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) maut manakala rakannya mengalami kecederaan akibat dipanah petir sewaktu bermain bola di dalam hujan di Padang Pekan Papar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: