JAS Keluarkan RM120 Ribu Kompaun Sepanjang Ramadan
PUTRAJAYA, 19 April 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 60 kompaun dengan nilai keseluruhan RM120,000 hasil pemeriksaan ke atas 404 premis industri dalam Ops Gempur Raya 2023 bagi tempoh 3 hingga 18 April lalu.
Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, kompaun itu melibatkan pelbagai pelanggaran peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
BACA JUGA: Istana Negara Nafi Keluar Kenyataan Isu Integriti Perkhidmatan Awam
BACA JUGA: Kadar Bayaran Saman Trafik RM50 Sahaja, Bermula Jumaat Ini
BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari Separa Khamis Ini, JAIS Seru Tunaikan Solat Sunat Gerhana
Operasi ini katanya adalah usaha mencegah berlakunya insiden-insiden pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pemeriksaan premis secara bersasar dan besar-besaran turut dilakukan di samping pemantauan udara melalui dron.
Selain kompaun, JAS turut mengeluarkan 112 notis arahan, menahan kelengkapan dan menyita 19 premis di samping membuka 20 kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.
Ops Gempur Raya 2023 ini akan berlangsung hingga 25 April.
Dalam pada itu, JAS bersetuju memberi pengurangan kompaun sehingga 50 peratus kepada mana-mana kompaun yang dikeluarkan sebelum 15 April lalu dan belum membuat sebarang rayuan.
“Rayuan pengurangan kompaun boleh dibuat di mana-mana pejabat JAS negeri dan bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 15 Mei 2023,” kata jabatan itu.