Antarabangsa

Jamaica Haram Siaran TV dan Muzik Berunsur Jenayah, Keganasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAMAICA, 17 Oktober 2022 – Pihak berkuasa Jamaica telah melarang kandungan siaran TV dan muzik yang ‘memuliakan’ aktiviti haram seperti penggunaan dadah dan senjata api, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Larangan itu dikuatkuasakan susulan daripada kadar jenayah kekerasan yang tinggi pada tahun 2021 sekali gus meletakkan negara berkenaan sebagai yang tertinggi dalam kadar pembunuhan di Amerika Latin dan Caribbean.

Lapor agensi itu, peraturan baharu bagi siaran TV dan muzik itu turut meliputi unsur penipuan, penyalahgunaan dadah, penggunaan senjata api serta penggunaan bahasa yang kasar atau seangkatan dengannya.

Menurut agensi penyiaran negara itu, unsur aktiviti haram yang diterapkan dalam kandungan siaran berpotensi untuk menimbulkan “tanggapan yang salah bahawa jenayah adalah sesuatu yang diterima dalam budaya dan masyarakat Jamaica”.

Berikutan itu, semua bentuk aktiviti haram mahupun jenayah kini adalah dilarang dalam usaha untuk membantu dan memastikan kandungan yang disiarkan “bersih”, kata agensi penyiaran berkenaan.

Mengulas lanjut, kandungan yang berunsur sedemikian bakal menjurus kepada normalisasi jenayah di kalangan remaja dan belia yang mudah terdedah dan terpengaruh, lapor agensi penyiaran itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: