Tempatan

JAKIM Gesa Peniaga Dekorasi Al-Quran Buat Semakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 08 Mac 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggesa peniaga perhiasan ayat al-Quran membuat semakan barangan terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan.

Menurut laporan media tempatan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM, Ahmad Husaini Mustafa menjelaskan bahawa semakan perlu dibuat agar tiada kesalahan dari segi ayat atau kandungan teks.

Jelasnya, “Barang-barang yang sampai perlu disemak terlebih dahulu. Sepatutnya perhiasan ayat al-Quran itu perlu diselia oleh pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tidak berlaku kesalahan.”

“Sekiranya ayat salah, maknanya jadi lain, kita gantung perhiasan ini untuk mencantikkan rumah dan lebih parah jika maksudnya lari dari ajaran agama Islam.”

BACA JUGA: Lubuk Judi Sabung Ayam Diserbu, 7 Ditahan

BACA JUGA: Lagi Kes Jemaah Umrah Terkandas

BACA JUGA: 5% Royalti Minyak Hak Kelantan & Terengganu, Tegas Ahli Parlimen Negeri

Sementara itu, Ahmad Husaini juga mengingatkan peniaga agar melupus ayat al-Quran dengan cara yang betul mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM dan bukannya membuang di merata-rata tempat.

Lanjutan itu, Pengarah KDN Negeri Sembilan, Mohamad Ridzuan Yusof turut memaklumkan pihaknya mendapati sebahagian peniaga tidak tahu berkenaan kesahihan ayat al-Quran yang dijual di premis mereka.

“Biasanya, kesilapan yang dikesan pada perhiasan ayat al-Quran ini adalah yang diimport dari luar negara dan bukannya dihasilkan di negara ini.”

“Jadi kami nasihatkan peniaga untuk semak perhiasan ayat al-Quran yang dijual dengan membuat rujukan di aplikasi Smart al-Quran yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran KDN,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: