Tempatan

JAIS Siasat Penglibatan Warga Tempatan Dalam Ajaran Sesat Hadi Minallah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 25 Ogos 2022 – Berikutan penularan ajaran sesat baharu yang diasaskan oleh Hadi Minallah, yang didakwa sedang aktif di Kuala Lumpur, Kajang dan Johor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam siasatannya turut mengesan sama ada warga tempatan turut terlibat dengan ajaran sesat atau sebaliknya.

“Kita setakat ini masih menunggu siasatan dan laporan penuh berkenaan ajaran sesat terbabit,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Bagaimanapun, kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dikeluarkan oleh pihak JAIS dalam masa terdekat, katanya selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall hari ini.

Bukan itu sahaja, difahamkan pihak JAIS akan membentangkan laporan terkini mengenai ajaran Hadi Minallah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengawalan Akidah, hari ini.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan bahawa ajaran yang didakwa sesat itu sedang bergiat aktif di Kuala Lumpur, Kajang dan Johor.

Menurut sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Akademi Penyelidikan Agama Dunia (AkPAD), ajaran berasal dari Indonesia itu diasaskan oleh Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminuddin Ahmad dan didakwa menyebarkan beberapa fahaman yang sesat seperti akidah sesat Nur Muhammad, fahaman pluralisme agama, fahaman makrifat yang menyesatkan bahkan mengaku bahawa beliau bukan Islam serta tidak mempunyai agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: