Terkini

JAGA-JAGA, Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023 – Beberapa negeri dijangka berdepan dengan ribut petir dan hujan selama tiga hari berturut-turut.

BACA JUGA: Bakar Al-Quran & Sejadah, Individu Direman

BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan

BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sabah (Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu) akan ditimpa ribut petir dan hujan pada waktu pagi, 14 Jun 2023.

Pada sebelah petang hari sama, hujan dan ribut petir bakal melanda beberapa tempat di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat) dan Sarawak (Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang).

Cuaca sama akan berlanjutan hingga malam di beberapa tempat di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

14-jun.jpg?resize=780%2C544&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada 15 Jun pula, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan dibadai dengan ribut petir pada waktu pagi dan petang.

Di Sabah dan Sarawak pula, beberapa tempat juga akan berdepan dengan fenomena sama dari pagi hingga malam.

15-jun.jpg?resize=780%2C540&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada pagi 16 Jun 2023, METMalaysia meramalkan hujan dan ribut petir akan melanggar beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Melaka dan Sabah (Pedalaman, Labuan dan Tawau).

Di sebelah petang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Johor, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Labuan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) akan dilanda ribut petir, manakala Perak pula akan ditimpa hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Pada sebelah malam pula, beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah (Tawau dan Sandakan) akan dilanda ribut petir dan Pedalaman dan Pantai Barat di Sabah pula akan mengalami hujan di satu dua tempat.

16-jun.jpg?resize=780%2C546&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: