Tempatan

JAGA-JAGA: Ribut Petir & Angin Kencang Bakal Langgar Malaysia 3 Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta WP Labuan dalam tempoh 27 – 30 Ogos 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi bin Abdullah berkata, jangkaan ini berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Menurut analisis berkenaan, tiupan angin di rantau negara dijangka menjadi lemah dan pelbagai hala dalam tempoh tiga hari berkenaan.

Keadaan ini adalah kondusif untuk pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang hingga awal malam.

Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Beberapa hari lalu, lebih 20 buah kenderaan dilaporkan rosak akibat terhempap pokok dalam kejadian angin kencang di beberapa kawasan di ibu negara.

Antara lokasi terjejas ialah Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Titiwangsa dan Jalan Perhentian.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: