Ivermectin: Ujian Lanjut Diperlukan Lihat Keberkesanan Terhadap COVID-19 – EMA
Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini
THE HAGUE, 25 Mac 2021 – Agensi Perubatan Eropah (EMA) menasihatkan semua untuk tidak menggunakan ubat anti-parasit Ivermectin bagi merawat COVID-19.
Ini kerana data yang ada tidak menyokong penggunaan “ubat ajaib” ini untuk merawat COVID-19.
“EMA telah mengkaji bukti terbaru mengenai penggunaan Ivermectin untuk pencegahan dan rawatan COVID dan menyimpulkan bahawa data yang ada tidak menyokong penggunaannya untuk COVID di luar ujian klinikal,” ujar EMA.
Tambah pengawal selia ubat-ubatan Negara Kesatuan Eropah (EU) itu lagi, ujian makmal mendapati bahawa hanya dos Ivermectin yang mempunyai kepekatan tinggi sahaja yang mampu menghalang penularan virus COVID-19 berbanding dengan dos Ivermectin yang dibenarkan.
“Kesan toksik pada dos yang lebih tinggi tidak dapat dikesampingkan.”
Ujian lebih lanjut diperlukan untuk melihat keberkesanan ubat anti-parasit Ivermectin terhadap koronavirus, kata EMA.
Di Malaysia pula, pakar Pediatrik Dr Musa Nordin menyatakan bahawa Ivermectin harus dinilai melalui proses ujian klinikal sama seperti vaksin mRNA sebelum digunakan di negara ini.