TempatanTerkini

Ivermectin: KKM Mungkin Akan Luluskan Penggunaan Jika Bukti Kukuh – KP Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini penggunaan Ivermectin hanya dibenarkan secara ‘off label’ sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

Kaedah ini merujuk penggunaan yang tidak didaftar, tetapi dibenarkan sehingga ada bukti kukuh.

“KKM juga kini di peringkat kajian untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya bagi pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima.”

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan NGO-NGO menyatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap KKM kerana melewatkan permohonan dan kelulusan untuk menggunakan Ivermectin bagi menyelamatkan nyawa ratusan pesakit Covid-19 setiap hari.

“Saya mewakili para pengguna di luar sana membawa amaran, akan mengambil tindakan undang-undang jika KKM tidak menyelesaikan isu penggunaan Ivermectin dalam masa seminggu. Jika racun tikus boleh digunakan untuk mencairkan darah, mengapa tidak ubat cacing?” kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, dalam satu sidang media dalam talian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: