Tempatan

Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 28 Jun 2023 – Kerajaan Negeri Selangor akan membawa isu sekolah agama persendirian yang berdepan masalah pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), lapor sebuah berita tempatan.

Kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, permohonan lanjutan pendaftaran turut akan diusulkan di samping penyediaan garis panduan bagi memudahkan proses pendaftaran.

BACA JUGA: AWAS! Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

BACA JUGA: Aidiladha: Penjawat Awam Dapat Cuti Tambahan, Swasta Tidak Tertakluk

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha

“Kerajaan Negeri akan meneliti tempoh lanjutan diperlukan bagi membolehkan sekolah terlibat menyediakan dokumen diperlukan bagi proses pemutihan,” ujar beliau selepas sesi pertemuan bersama Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), semalam.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Penaung GASIS, Mohd Zai Mustafa serta Pengerusi GASIS, Dr Nik Noor Azlida Husain mewakili 171 sekolah yang menjadi ahli di bawah persatuan berkenaan.

Terdahulu, barisan NGO Islam melibatkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) dan Pertubuhan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) menggesa agar satu pertemuan khas diadakan bagi membincangkan isu berkenaan Sekolah Islam Persendirian (SIP) ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: