Tempatan

Isu Kalimah Allah: “Banyak Orang Melayu Obses Sangat” – Sajat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 09 Mac 2022 –Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ataupun Sajat, kali ini tampil di laman sosial dengan kontroversi berkaitan kalimah Allah.

Sajat menyamakan kalimah Allah dengan perkataan Tuhan dan God dengan mengatakan bahawa, “God, Tuhan, Allah adalah perkataan yang sama.”

Dakwanya, ramai yang menganggap kalimah Allah itu hanya boleh digunakan dalam Islam sahaja sedangkan ia tidak demikian. “Allah itu perkataan Arab. Arab tak cakap Tuhan, Arab tak cakap God. Dia cakap Tuhan itu adalah Allah.”

“Allah itu perkataan Arab, God adalah perkataan English. Kalau you pergi mana even kalau you pergi gereja dekat negara Arab, diaorang akan cakap Allah. Allah itu adalah God. Itu dalam bahasa Arab. Kita dalam bahasa Melayu, macam kita, Tuhan. Kita cakap Allah itu Tuhan,” dakwanya lagi.

Sajat turut mengingatkan supaya ada pemahaman di situ kerana, “Banyak orang Melayu obses sangat sampai sesetengah orang guna perkataan Allah itu, awak rasa benda itu berdosa.”

“You tak boleh terlalu obses. Kita ini kena belajar, kena bercampur. Jangan terperuk satu je, bercampur,” ujarnya lagi.

Menggunakan jarinya sambil menulis di udara, usahawan transgender tersebut cuba memperkuat dakwaannya itu daripada segi ejaan kalimah Allah dan membandingkan dengan ejaan perkataan Tuhan dengan memberikan contoh ejaan dan penggunaan huruf kalimah Allah yang menggunakan huruf Jawi, manakala perkataan Tuhan menggunakan huruf rumi.

Sajat sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila dikatakan mempersenda Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi video yang viral di aplikasi Tiktok.

Video tersebut menunjukkan Sajat memperolok-olokkan JAIS dengan mengatakan institusi agama itu lembab dalam melaksanakan tindakan sehingga dia sempat melarikan diri ke Thailand.

“Kau lambat JAIS, mak dah gerak dah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: