Tempatan

Isu Bekalan Telur Ayam Selesai Dua Bulan Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BENTONG, 20 Januari 2023 – Masalah kekurangan bekalan telur ayam yang berlaku seluruh negara dijangka selesai dalam tempoh dua bulan lagi, ujar Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.

Katanya, “Isu kekurangan telur ayam berlaku oleh kerana kekurangan baka ayam penelur, jadi apabila kita dapat membawa masuk baka ayam yang baharu, jadi kita memerlukan masa enam bulan untuk baka ayam bertelur.”

BACA JUGA: Penjajahan Moden Ala British Tadbir Negara

BACA JUGA: CPTPP: ISDS, Undang-Undang Malaysia Dibakulsampahkan

BACA JUGA: Kes ‘Allah’ Jill Ireland, Majlis Agama Islam Negeri Tarik Balik Permohonan Pencelah

Beliau juga menjelaskan bahawa kita tidak boleh memaksa ayam bertelur terlalu cepat. Enam bulan itupun sudah hampir di penghujung iaitu memakan masa satu dua bulan lagi.

Tambahnya, Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan rakyat di negara ini bahkan bekalan telur ayam yang berkurang sejak Oktober lalu dijangka kembali stabil selepas ayam penelur baru mula bertelur.

Dalam pada itu, KPDN akan menganjurkan program Jualan Rahmah di seluruh negara secara berterusan pada hari-hari biasa dan bukan hanya pada sambutan tertentu.

“Jadi ia sesuatu yang benar-benar membantu rakyat kurangkan kos sara hidup, rakyat menunggu jualan rahmah di tempat masing-masing dan sekerap yang mungkin dan mungkin pasaraya berbeza beza.”

“Tidak ada kos atas Kerajaan kerana ini inisiatif Kerajaan runding dengan pasaraya dan memastikan bahawa rakyat dapat keuntungan kita harap akan berterusan saya yakin menjadi sesuatu rakyat tertunggu-tunggu,” ujar Fuziah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: