Islamofobia: Malaysia Sumbang 15,000 Al-Quran Terjemahan Bahasa Sweden Ke Seluruh Dunia
KUALA LUMPUR, 07 Ogos 2023 – 15,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa Sweden antara satu juta naskhah yang bakal disumbangkan oleh Malaysia ke seluruh dunia bagi menangani kedangkalan pemahaman Barat terhadap Islam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu perbincangan secara maya bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung keperluan membentuk gerakan bagi menangani isu islamofobia di peringkat antarabangsa, Sabtu lalu.
BACA JUGA: Lebih 5 Tahun, Projek RM7 Juta Gagal Selesai Masalah Muara Cetek
BACA JUGA: Pihak Berkuasa Agama Jadi Pencelah Dalam Kes Nik Elin-Menteri
BACA JUGA: Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek
Dalam perbincangan tersebut, Anwar turut menyatakan kecaman kerasnya terhadap insiden membakar al-Quran yang berlaku di Sweden dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara yang diagungkan oleh Barat.
Baru-baru ini, seorang wanita kelahiran Iran bertindak membakar naskah al-Quran di Stockholm, Sweden dengan perlindungan pihak berkuasa negara tersebut, lapor samudera.my.
Bulan lalu juga, seorang pelampau, Salwan Momika bertindak mencemarkan kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm dengan memijak dan menendang kitab suci tersebut.