Islam Agama Paling Cepat Berkembang, Atasi Jumlah Penganut Kristian
WASHINGTON, 14 Ogos 2023 – Agama Islam direkodkan sebagai agama paling cepat berkembang di dunia bahkan diramal akan mengatasi jumlah penganut Kristian menjelang akhir abad ini.
Menurut laporan portal media, umat Islam seluruh dunia kini dianggarkan seramai 2,006,931,770 orang, mewakili lebih 25 peratus daripada jumlah penduduk seluruh dunia.
Statistik ini menjadikan Islam sebagai agama kedua paling ramai penganut, di mana Islam merupakan agama rasmi 26 negara di Afrika Dan Asia.
BACA JUGA: Jakarta Ungguli Carta Udara Paling Kotor Di Dunia
BACA JUGA: Kerugian Akibat Scam Boleh Cecah RM1.2 Bilion
BACA JUGA: 32 Timbalan Bantah Keputusan Kementerian Penerangan Bahrain Benarkan Tayangan Barbie
Laporan PEW turut memetik, “Jumlah umat Islam akan bertambah dua kali lebih pantas berbanding penduduk dunia antara 2015 dan 2060, mengatasi Kristian sebagai kumpulan agama terbesar di dunia pada separuh kedua abad ini.”
Menjelang 2030, Pakistan dijangka mempunyai populasi Muslim terbesar dunia iaitu seramai 256,117,000 orang, diikuti Indonesia (238,833,000) dan India (236,182,000). Sementara bagi negara bukan Asia, Nigeria dijangka mempunyai seramai 116,832,000 Muslim menjelang tahun 2030.