Antarabangsa

Iran Punya Hak Yang Sah Untuk Hukum Israel – Presiden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 14 OGOS 2024 – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian telah sekali lagi menegaskan niat negaranya untuk menghukum Israel disebabkan “tindakan melampau” yang telah dilakukan oleh entiti haram tersebut.

Tindakan yang dimaksudkan itu adalah pembunuhan pemimpin politik Hamas yang telah berlaku di Tehran pada hujung Julai lalu, yang disifatkan oleh Pezeshkian sebagai sebuah tindakan “pengecut”.

Menerusi sebuah panggilan telefon bersama setiausaha negara Vatican Cardinal Pietro Parolin pada Isnin lalu, Pezeshkian menyatakan bahawa pembunuhan Haniyeh itu telah melanggar “kesemua prinsip undang-undang kemanusiaan”.

Pezeshkian juga menerusi panggilan yang sama menyatakan bahawa Iran mempunyai “hak yang sah” untuk membalas serangan tersebut.

Tehran serta Hamas telah menuduh Israel sebagai pelaku bagi pembunuhan Haniyeh. Namun sehingga kini Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan penafian terhadap penglibatan mereka dalam pembunuhan tersebut.

Presiden itu turut menyatakan, sebagaimana yang telah dikutip oleh agensi berita IRNA bahawa “menurut kesemua norma dan peraturan antarabangsa, hak bagi bertindak balas terhadap penyerang adalah diberikan kepada mana-mana negara yang telah diserang”.

Beliau selanjutnya menambah bahawa sokongan Barat terhadap Israel, ditambah dengan tindakan warga antarabangsa yang diam dalam kes ini telah “menggalakkannya” Israel bagi terus menerus melakukannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: