Antarabangsa

Iran Akan Serang Israel – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEHRAN, 03 OGOS 2024 – Media New York Times (NYT) telah melaporkan bahawa pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah mengarahkan agar sebuah serangan terus dilakukan terhadap Israel bagi membalas pembunuhan ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Laporan tersebut diterbitkan pada Rabu lalu, di mana Khamenei dikatakan telah memberi arahan tersebut setelah memanggil dan bertemu dengan ahli majlis keselamatan Iran, Iran’s Supreme National Security Council untuk mesyuarat tergempar pada Rabu lalu.

Menerusi sebuah kenyataan pada Rabu lalu, Khamenei menganggap bahawa telah menjadi kewajiban Iran bagi menuntut bela di atas kes pembunuhan Haniyeh.

Ujar Khamenei, “Kami menganggap bahawa ianya adalah tugas kami untuk menuntut bela”.

Khamenei juga telah menempelak Israel kerana telah menyerang Haniyeh sewaktu pemimpin politik Hamas itu sedang menjadi ‘tetamu Iran’.

Israel sebelum ini telah berikrar untuk menghapuskan Haniyeh dan beberapa individu lain dalam kepimpinan Hamas setelah kejadian 7 Oktober tahun lalu.

NYT dalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa mereka tidak jelas sejauh mana Iran akan bertindak balas terhadap serangan pada Rabu lalu yang telah mengorbankan Haniyeh dan salah seorang daripada pengawal keselamatan beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: