Antarabangsa

Intifadah Baharu Palestin Mungkin Meletus & Lebih Dahsyat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 06 Disember 2022 – “Saya menjangkakan bahawa kekejaman pendudukan akan meningkat dan sejumlah besar syuhada akan gugur, serta intifadah baru Palestin mungkin tercetus yang lebih dahsyat daripada sebelumnya pada 20 tahun lalu.”

Demikian amaran yang diberikan oleh Bekas Perdana Menteri Qatar, Hamad bin Jassim Al-Thani mengenai situasi semasa rakyat Palestin ketika ini.

Ujarnya, amalan ‘kejam’ rejim haram Israel terhadap rakyat Palestin semakin meningkat dan boleh membangkitkan intifadah baru.

“Apa yang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki iaitu pembunuhan sewenang-wenangnya dan perobohan rumah oleh tentera pendudukan tanpa sebarang tindak balas, kutukan atau protes, sama ada dari ibu negara Arab atau antarabangsa, mengesahkan pada saya bahawa apa yang Israel lakukan adalah jauh daripada hukuman atau kritikan,” tegasnya.

Tambah beliau, sikap berdiam diri Arab dan masyarakat antarabangsa mendorong pihak pendudukan haram untuk melakukan lebih banyak jenayah terhadap rakyat Palestin. Beliau turut menekankan bahawa pencabulan Israel mesti dihentikan.

Kenyataan tersebut dibuat susulan beberapa siri pembunuhan rakyat Palestin oleh tentera rejim haram aparteid Israel yang semakin menjadi-jadi. Situasi ini tercetus akibat pembentukan gabungan kerajaan rejim baharu, merangkumi Zionis sayap kanan yang menyeru pengusiran rakyat Palestin dari tanah nenek moyang mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: