Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KOTA BHARU, 25 Julai 2022 – Akibat gagal membayar denda RM10,000, seorang penganggur yang memuat naik video penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan sebagai tambahan kepada hukuman 6 bulan penjara sedia ada oleh Mahkamah Sesyen hari ini.
Syaidinar Abu Bakar, 36 mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli pagi tadi.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan hukuman denda RM10,000 dan penjara enam bulan dengan tambahan hukuman penjara lagi enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.
Dalam kes ini, tertuduh gagal melaksanakan denda yang ditetapkan itu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.
Syaidinar yang tidak diwakili peguam sebelum ini pernah membuat rayuan memohon mahkamah mengurangkan hukuman terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
Namun, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry itu gagal dan beliau meminta mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal selepas mengambil kira tertuduh menghina agama Islam.
“Tindakan tertuduh boleh mencetuskan keadaan tidak aman dalam kalangan masyarakat kita.
“Hukuman tersebut bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh, namun turut melibatkan masyarakat awam agar tidak memandang ringan terhadap kesalahan seperti ini.”
Timbalan Menteri Kelantan, Nik Ammar sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan merupakan pertahanan buat agama Islam di Malaysia sementara banyak tulisan dan analisis pula meletakkan Malaysia sebagai harapan kebergantungan ummah dan benteng kepada Islam.
“Sebab di Malaysia ni walaupun kita ada kelemahan, kekurangan, tak ada parti yang tegas, tak ada parti yang jelas, tak ada parti yang nyata berjuang untuk menegakkan Islam kecuali PAS. Dia tahu di Kelantan ni tak boleh nak gugat,” ujar beliau.