India Lega Indonesia Tarik Balik Larangan Eksport Minyak Sawit
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NEW DELHI, 21 Mei 2022 – Keputusan Indonesia untuk menarik balik larangan eksport minyak sawit bermula 23 Mei ini menjadi satu kelegaan besar buat India yang sedang berhadapan dengan inflasi paling teruk sejak lapan tahun lalu.
Hal ini kerana, 50 peratus dari minyak sawit import India adalah dari Indonesia dan perubahan harga minyak sawit ini memberi kesan pada harga minyak makan yang lain.
Kelmarin, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan bahawa Indonesia menarik balik larangan eksport minyak sawit Indonesia bermula 23 Mei ini berikutan purata harga minyak masak di negara itu yang kian menurun.
Penggiat industri itu berkata keputusan tersebut dapat menstabilkan harga minyak makan selain turut dapat mensistematikkan bekalan.
Impak dari keputusan itu telah menunjukkan sedikit kesan apabila harga runcit telah sedikit menurun.
“Penarikan balik larangan eksport minyak sawit oleh Indonesia akan menstabilkan harga domestik selain memudahkan untuk mendapatkan bekalan. Sejak pengumuman pada hari Khamis itu, harga runcit telah menurun sebanyak Rs 2/kg,” kata Pengarah Eksekutif Solvent Extractors Association (SEA).
Lapor Times of India, selain daripada peperangan di Ukraine, larangan eksport itu menambah tekanan inflasi sekaligus mengakibatkan harga minyak makan naik dengan mendadak hingga menjejaskan bekalan minyak bunga matahari.
Baru-baru ini, Indonesia telah melarang pengeksportan minyak sawit Indonesia yang mengakibatkan lebih 250 petani mengadakan demonstrasi selain membawa pesanan buat pemerintah agar membela nasib mereka.