Tempatan

Implikasi Keputusan Kes Sekolah Vernakular Di Kota Bharu: Terpulanglah Nanti Kepada Hakim Mahkamah Rayuan – Mohd Khairul Azam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Jun 2022 – Implikasi Keputusan Kes sekolah vernakular di Kota Bharu menunjukkan terdapat sedikit perbezaan di antara dua hakim Mahkamah Tinggi apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengatakan sekolah vernakular adalah public authority manakala hakim di Kuala Lumpur mengatakan bahawa sekolah vernakular bukanlah public authority,”kata peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz.

Menurutnya, tetapi terdapat juga persamaan di antara kedua-dua kes Kota Bharu dan Kuala Lumpur iaitu dari aspek kedua-duanya menyatakan bahawa kedudukan sekolah vernakular adalah terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan atas faktor sejarah.

Maka, ini menunjukkan di peringkat rayuan kita masih lagi berpeluang untuk menentukan di peringkat rayuan untuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan menilai sama ada sekolah vernakular itu adalah satu public authority seperti mana keputusan Kota Bharu ataupun sebaliknya seperti keputusan Kuala Lumpur.

“Isu kedua adalah sama ada adakah kedudukan sekolah vernakular in benar-benar terjamin di bawah Perlembagaan,” kata Mohd Khairul Azam yang lebih dikenali dengan nama Buzze Azam.

Tambah peguam itu, sekarang terpulanglah nanti kepada hakim Mahkamah Rayuan kerana kedua-dua pihak dalam tindakan ini iaitu Kota Bharu dan Kuala Lumpur telah memfailkan notis rayuan masing-masing di Mahkamah Rayuan.

“Jadi, sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah Rayuan sedikit masa lagi,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: