Antarabangsa

Ikon Hijab Karnataka Dituduh Bertemu Pengganas Di Luar Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 15 Mei 2022 – Ikon hijab Karnataka, Muskan Khan telah dituduh oleh sebuah media bahawa dia ke luar negara bagi tujuan bertemu pengganas sedangkan wanita itu sedang menunaikan umrah dan berada di Madinah.

Menurut media itu, Muskan telah pergi ke luar negara tanpa kebenaran pihak polis biarpun tiada kes yang didakwa terhadap wanita itu dan wanita tersebut tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Tuduhan itu didedahkan oleh Mohammad Zubair, pengasas Altnews di laman sosial _Twitter_ yang berkongsikan tangkapan skrin mesejnya bersama Muskan. Berdasarkan tangkapan skrin tu, Muskan sedang berada di Madinah dan dia mengetahui akan tuduhan itu.

Zubair bagaimanapun menyebut Ketua Polis Karnataka dan Polis Mandya di _tweetnya_ dan bertanyakan bolehkah tindakan diambil terhadap media itu yang menyebarkan propaganda kebencian terhadap Muskan Khan.

“Tetapi Muskan tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk melawat mana-mana negara dan tiada laporan polis dibuat terhadapnya,” kata Polis Daerah Mandya.

Muskan Khan sebelum ini pernah tular di media apabila dia dengan beraninya tegak dengan keputusan untuk berhijab setelah pelajar muslimah dihalang dari memasuki sekolah sekiranya mereka berhijab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: