Ikan Naik Harga: Nelayan Ditindas, Kartel Ikan Pula Main Harga
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 27 Jun 2022 – Nelayan ditindas manakala pengguna pula menjadi mangsa dalam peningkatan harga barang berikutan sikap kartel-kartel atau pemain industri dalam sektor perikanan yang mengawal harga hasil laut.
Lapor sumber kepada pihak Utusan, harga ikan dan hasil laut yang melonjak di pasaran adalah berpunca daripada kewujudan kartel-kartel ini.
Namun ia ‘diwayangkan’ oleh pihak tersebut atas sebab cuaca yang menjadikan para nelayan tidak dapat turut ke laut sekaligus menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan.
Nelayan-nelayan kecil yang kebanyakannya Melayu terpaksa menjual hasil laut mereka kepada orang tengah kerana mereka tidak mempunyai akses bagi memasarkan hasil mereka kepada pihak pemborong.
“Orang kita (nelayan kecil) tiada akses kepada pasaran, banyak jeti yang dikawal oleh orang tengah. Setiap jeti ada ‘kepala’ yang akan membekalkan kepada pemborong. Di peringkat pemborong pun ada kepala dia.”
“Setiap jenis hasil laut pun ada yang mengawalnya. Ikan, udang, sotong, ketam misalnya setiap satu ada kepala. Kumpulan nelayan tidak dibenarkan masuk pasaran dan tidak dibenarkan berkembang besar,” lapor sumber tersebut.
Bukan itu sahaja, penindasan orang tengah terhadap nelayan ini sudah berlaku sejak sekian lama sehinggakan pemain industri tersebut sudah menjadi kebal.
Sumber tersebut memaklumkan, kartel-kartel berkenaan turut mengambil kesempatan terhadap nelayan-nelayan kecil ini kerana masalah logistik dan pengedaran yang tidak mampu dibangunkan oleh pihak nelayan kecil.
Katanya, kartel-kartel ini sukar untuk dibanteras pihak Kerajaan berikutan agensi-agensi yang sepatutnya bertanggungjawab telah ‘ditidurkan’ oleh mereka.
Rentetan itu, lapor Utusan, sumber terbabit menyeru pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia agar membela nasib nelayan dengan menghapuskan birokrasi dalam pemberian lesen dan tidak terus bersikap tidak ambil peduli serta berdiam diri.
“Jika setiap agensi bertanggungjawab, situasi ini tidak akan berlaku. Kartel-kartel ini semakin besar kepala kerana tidak ada siapa berani sentuh mereka apatah lagi mereka dilindungi untuk terus melakukan kegiatan ini,” ujar sumber tersebut.
Sebelum ini, lapor samudera.my, terdapat pendedahan tentang wujudnya kumpulan kartel dalam industri ternakan ayam yang mengawal harga bahan mentah berke