Tempatan

Hukuman Mati Mandatori Perlu Dikekalkan Untuk Jenayah Kejam – Pihak Keluarga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2023 – Kebanyakan pihak keluarga kepada mangsa jenayah merayu kepada pihak Kerajaan untuk mengekalkan hukuman mati mandatori yang melibatkan jenayah kejam.

Memetik berita tempatan, dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Alice Tan Siew Ling yang anak perempuannya berusia 17 tahun telah dirogol dan dibunuh pada 2009 menggesa Dewan Rakyat supaya tidak meluluskan pindaan yang memansuhkan hukuman mati.

Dalam sidang media yang sama, Noor Hakimi Abdul Halim berkata rakannya, seorang pengawal keselamatan di Sungai Petani, Kedah turut menjadi mangsa pembunuhan.

“Dia telah diserang oleh tiga penyerang dan dibunuh dengan parang.”

“Jika hukuman mati mandatori dimansuhkan, penjenayah tidak lagi takut.”

“Sila fikirkan tentang keluarga mangsa,” kata Hakimi.

BACA JUGA: Judi Online: Keuntungan Cecah RM30 Ribu Sebulan, 7 Warga Tempatan Ditahan

BACA JUGA: Lombong Tasik Chini Masih Terhakis

BACA JUGA: Orang Melayu Sendiri Label Orang Sebagai Religious Bigot

Selain itu, seorang peguam, Christina Teng yang turut hadir berkata, hukuman mandatori melibatkan jenayah kejam yang membabitkan kehilangan nyawa perlu dikekalkan.

“Pembunuh kejam yang telah merogol dan membunuh akan (akhirnya) dibebaskan (jika hukuman mati dimansuhkan.”

“(Penjara) bukanlah hukuman yang cukup serius untuk jenayah kejam,” kata beliau.

Beliau turut mengatakan bahawa pihak Kerajaan seharusnya memberi tumpuan dalam membersihkan sistem keadilan serta menangani kelemahan yang ada dan bukannya memansuhkan hukuman mati mandatori.

Malah, beliau turut menyeru pihak Kerajaan supya mendahulukan kepentingan mangsa serta keluarga sebelum memikirkan tentang si pelaku.

Kata beliau lagi, petisyen di bawah badan bukan Kerajaan (NGO) Protect Malaysia kini telah pun memperoleh hampir 100,000 tandatangan bagi menunjukkan sokongan dalam mengekalkan hukuman mati.

Menurut samudera.my, baru-baru ini, Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati dan hukuman penjara seumur hidup sebagai pelaksanaan perubahan sistem keadilan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: