Tempatan

Hukuman Mati 1,337 Banduan Ditangguh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 14 September 2022 – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman mati yang membabitkan 1,337 banduan, lapor sebuah portal berita tempatan.

Lapor portal tersebut, moratorium itu diputuskan dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 6 hingga 13 September baru-baru ini.

Wan Junaidi berkata, pihak Kerajaan turut bersetuju dengan hukuman gantian yang membabitkan 12 kesalahan yang membawa kepada hukuman mati mandatori termasuk satu kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

Katanya lagi, pelaksanaan hukuman gantian itu akan diteliti dan kajian lanjut akan dilakukan bagi menentukan hukumannya.

Bukan itu sahaja, 22 kesalahan yang membawa kepada hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah turut akan dipinda bagi memastikan pesalah menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

“Dalam hal ini, Kerajaan sentiasa komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” jelasnya.

Awal bulan lalu, beliau pernah mengatakan bahawa Malaysia akan memansuhkan hukuman mati mandatori dan sebat menjelang 2023 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: