Antarabangsa

Houthi Sedia “Gegar” Israel – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 7 OGOS 2024 – Media Newsweek telah melaporkan pada Rabu lalu bahawa kumpulan Houthi telah berikrar untuk mengambil tindakan terhadap Israel. Tindakan kumpulan tersebut telah menambahkan lagi ancaman terhadap entiti haram tersebut.

Ancaman-ancaman yang diterima Israel itu adalah akibat daripada kejadian pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran baru-baru ini. Ketegangan yang berlaku di rantau tersebut telah meningkat tinggi sejak pembunuhan Haniyeh di pada minggu lalu.

Walaupun Israel tidak membuat sebarang pengakuan mahupun penafian mengenai penglibatannya dalam pembunuhan Haniyeh namun entiti tersebut telahpun “menghabiskan” seorang komandan Hizbullah, Fuad Shukr menerusi sebuah serangan udara di Beirut.

Sebelum itu, Israel juga turut menyerang pelabuhan Hodeidah yang dikawal oleh Houthi, di mana ianya telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan lebih 90 orang lain.

Menurut Newsweek yang mengambil maklumat daripada timbalan setiausaha maklumat Houthi, Houthi dan Hizbullah dijangka akan melakukan serangan terhadap Israel. Walaupun perincian penglibatan kumpulan tersebut tidak didedahkan namun terdapat tanda bahawa tindakan besar bakal dilakukan.

Houthi sebelum ini telahpun membuat beberapa serangan terhadap kapal-kapal komersial yang mempunyai hubungan dengan Israel di Laut Merah sejak Oktober tahun lalu sebagai tindak balas terhadap pengeboman Israel terhadap orang awam di Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: