Hina Nabi: Nupur Sharma Harus Bertanggungjawab – Mahkamah Tinggi India
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDIA, 04 Julai 2022 – Mahkamah Agung pada hari Jumaat enggan memberikan pelepasan kepada pemimpin BJP yang digantung tugas Nupur Sharma, yang telah meminta pemindahan First Information Report (FIR) terhadapnya ke Delhi.
Mahkamah tertinggi mengecam pemimpin BJP kerana kenyataan kontroversinya terhadap Nabi sehingga menimbulkan emosi di seluruh negara.
“Dia (Nupur Sharma) harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku di negara ini.”
“Kerana lidahnya, dia telah ‘membakar’ seluruh negara.”
Bukan itu sahaja, mahkamah juga mengkritik perbuatan Nupur Sharma yang dilihat sebagai publisiti murahan dan menggalakkan beberapa aktiviti jenayah.
“Dia sepatutnya meminta maaf dengan segera atas komennya kepada seluruh negara.”
Menurut mahkamah, tindakan permohonan maaf Nupur Sharma dengan bersyarat sebelum ini jelas menunjukkan sikap angkuhnya.
Sebelum ini, polis Delhi mengeluarkan kenyataan bahawa Nupur Sharma dan beberapa individu lain akan disiasat cubaan mengganggu ketenteraman awam dan menghasut orang ramai melakukan perpecahan.