Tempatan

Hina Islam Di Facebook, Kelindan Lori Didenda RM12,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 November 2022 – Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman denda RM12,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lalu.

Pada tahun 2020, Tham Wai Yuen telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan memuat naik status jelik yang menghina Islam dalam laman berkenaan dengan menggunakan nama ‘Tham Thamsarak’ pada 4 April 2020, jam 2.30 petang.

Lelaki tersebut yang pada ketika itu berusia 47 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Nor Hasniah Ab Razak, selepas lelaki berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) menukar pengakuannya kepada bersalah dalam sebutan kes tersebut hari ini.

Susulan itu, Tham didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: