Tempatan

Harga Sayuran Dijangka Melonjak 30% Januari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 13 Disember 2022 – Harga sayuran dijangka melonjak sehingga 20 ke 30 peratus lebih menjelang tempoh Tahun Baru Cina Januari ini.

Hal ini adalah susulan daripada musim tengkujuh yang melanda sehingga mengakibatkan hasil tuaian serta kualiti sayur-sayuran mengalami kemerosotan.

“Cuaca buruk akan menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran, jadi apabila bekalan rendah tetapi permintaan tinggi, ini akan menyebabkan harga meningkat. Ini bergantung kepada penawaran dan permintaan.”

“Hujan di kawasan tanah tinggi sejak minggu lalu dan beberapa tempat terjejas akibat banjir kilat bukan sahaja menjejaskan bekalan tetapi juga kualiti sayur-sayuran,” kata Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong kepada sebuah portal berita.

Menurutnya, antara jenis sayuran yang dijangka mengalami kenaikan harga ialah tomato, timun, cili, kekacang, lada benggala serta sayur-sayuran berdaun tertentu.

“Cuaca buruk dijangka berlarutan sehingga Januari dan sesetengah sayur-sayuran memerlukan masa sebulan untuk tumbuh sepenuhnya. Sukar untuk diramalkan kerana ia adalah kejadian yang tidak terkawal,” ujarnya.

Susulan itu, Chay mengesyorkan pihak Kerajaan agar menambah baik dasar untuk meningkatkan produk tempatan dan tidak hanya bergantung kepada import.

“Malaysia kini mengimport kira-kira 70 peratus sayur-sayurannya. Mereka mengatakannya ia lebih murah untuk diimport.”

“Tetapi keadaan sudah berubah. Apabila kurang bekalan di seluruh dunia, kenaikan harga akan berlaku, menjejaskan import sayur-sayuran,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: