Tempatan

Harga Makanan Berasaskan Ayam Dijangka Naik Pada Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 12 Mac 2022 – Makanan berasaskan ayam dijangka mengalami kenaikan harga menjelang bulan Ramadan dan musim perayaan berdasarkan pengalaman lepas.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusuf pada Khamis lepas.

“Harga ayam turun sedikit selepas kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam namun kita tidak menolak kemungkinan harga akan meningkat disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan,” jelasnya.

Tambah beliau, kebanyakan tapak bazar di Kedah seperti Jitra dan Kota Setar telah penuh disewa peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan CAKE masih belum dapat menjangkakan kenaikan harga makanan lain selain makanan berasaskan ayam.

Rata-rata netizen di Facebook meluahkan kekesalan mereka berkenaan hal ini.

“Tiap tahun cam ni dah. Perayaan kaum Melayu je target golongan kapitalis..,” luah seorang pengguna Facebook.

“Harga siling RM8.90, sedangkan ada tempat harga RM9.00-RM9.50, subsidi 60 sen tak cukup, ada setengah peniaga rugi. Dah bincang kat Dewan Rakyat, begitu juga,” ujar pengguna yang lain.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan ramai rakyat kini tertekan dek kerana kenaikan kos sara hidup yang tidak selari dengan kadar kenaikan gaji di Malaysia.

Bagaimanapun, pihak CAKE menegaskan bahawa jangkaan tersebut bukan untuk mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengguna, tetapi berharap pihak berwajib melakukan persediaan sekiranya berlaku kenaikan harga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: