Tempatan

Harga Ayam Dan Telur, Peladang Harap Kerajaan Tidak U-Turn

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 05 Mac 2023 – Pihak peladang telur berharap Kerajaan tidak menukar cadangan untuk menarik balik kawalan harga untuk ayam dan telur selepas Jun.

Presiden Persatuan Pemborong Telur Selangor Low Hin Ching berkata, ahli persatuan amat bimbang jikalau Kerajaan membuat pusingan-U terhadap keputusan itu.

BACA JUGA: SPRM Langgar Protokol Apa? – Mantan Ketua Hakim Negara

BACA JUGA: Hujan Lebat Menyeluruh Dijangka Berakhir Mac Ini

BACA JUGA: Banjir: Masjid Dibenarkan Jadi PPS Bersyarat

Katanya, ketika negara berdepan masalah kekurangan bekalan telur tahun lalu, peladang cuba untuk mengurangkan masalah itu dengan menawarkan beberapa cadangan, tetapi gagal.

“Kami tawarkan beberapa cadangan kepada kerajaan tetapi ditolak. Apa yang dicadangkan ditolak, memburukkan lagi keadaan,” katanya.

“Kami jelaskan yang harga tetap untuk telur tidak akan dapat membantu kami peladang telur, hanya buat kami kerugian.”

Pada Julai tahun lalu, Kerajaan menetapkan harga 45 sen untuk telur Gred A, 43 sen Gred B dan 41 sen Gred C, yang mana bagi Low itu terlalu tinggi.

“Jadi Kerajaan tetapkan harga, di mana ia tidak bagus untuk industri.”

Jelasnya, walaupun menerima subsidi Kerajaan sebagai pampasan kepada kerugian mereka selepas harga ditetapkan, ia tetap tidak membantu kerana kos makanan ayam terlalu mahal.

“Oleh itu, untuk mengatasi masalah itu peladang telur beralih kepada pengeluaran telur yang tidak dikawal kerajaan seperti telur Omega atau telur ayam kampung.”

“Seterusnya menyebabkan masalah bekalan telur sepanjang tahun di pasaran.”

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan rancangan Kerajaan untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas Jun.

Beliau berkata, harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: