Tempatan

Hanya Di Malaysia: Rakyat Diminta Bercucuk Tanam Dan Bayar Cukai Lebih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2022 – LOL, hanya di Malaysia, rakyat diminta bercucuk tanam sendiri dan bayar lebih cukai, semuanya dalam masa sehari,” kata @christinepamela, seorang pengguna Twitter.

Kenyataan ini merupakan komen balasnya kepada satu bebenang dari seorang pengguna Twitter lain, @melatinungsari yang berkongsikan tentang kesukaran yang dihadapi oleh orang biasa yang mahu mengeluarkan hasil tanaman untuk diri sendiri.

“Orang yang minta orang ramai untuk mula bercucuk tanam sendiri dan ternak ayam untuk lindung diri daripada isu bekalan makanan betul-betul tak pernah cuba lakukan ini,” kata @melatinungsari.

Hal ini kerana beliau sendiri pernah melakukannya sewaktu negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

“Terdapat kira-kira 24,768 cara ini boleh menjadi salah,” ujarnya.

“Saya tahulah sebab saya merupakan seseorang yang melalui fasa lockdown “jom tanam makanan dalam pasu”,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyarankan agar rakyat di Negeri Perak menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan bagi tujuan penggunaan sendiri berikutan isu kekurangan bekalan makanan yang dihadapi buat masa ini.

Beliau berkata, langkah itu juga adalah salah satu inisiatif dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup yang kini sedang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga beberapa barangan hasil pertanian dan penternakan.

Selain komen balas dari @christinepamela, beberapa orang pengguna media sosial yang lain juga dilihat senada dengannya dalam isu ini.

“Seolah-olah mereka tidak tahu tentang faedah pengeluaran besar-besaran dan menggalakkan kembali mundur ke era Neolitik,” kata @Jingggyyi.

“Seterusnya kita akan digesa untuk mencari makanan dan memburu di hutan. Masa lalu yang menyeronokkan untuk mereka yang lebih bernasib baik tetapi ia sama sekali tidak akan dapat mengekalkan populasi moden, ” tambahnya.

Manakala @TARISTAR8@TARISTAR8 pula berkata, “Baru-baru ini terdapat satu video orang memusnahkan sayur-sayuran hanya kerana ia ditanam secara haram di tanah Kerajaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: