Antarabangsa

Hampir Keseluruhan Perdagangan Rusia – China Guna Matawang Sendiri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 22 November 2023 – Mata wang Barat telah hampir dihapuskan sepenuhnya dalam perdagangan Rusia-China, ini kerana hampir semua transaksi antara dua negara ini dilakukan dalam rubel dan yuan, kata Timbalan Perdana Menteri Pertama Rusia Andrey Belousov pada hari Isnin.

Sejak sekatan Barat ke atas Moscow, Rusia dan China telah mempercepatkan penggunaan mata wang mereka sendiri dalam perdagangan. Menurut Belousov, 95% daripada semua urus niaga antara Rusia dan China kini dijalankan dalam salah satu mata wang dari kedua-dua negara ini.

Syarikat-syarikat China telah mendapat banyak manfaat daripada penarikan syarikat-syarikat Barat dari pasaran Rusia, kerana mereka telah secara aktif mengisi jurang yang ditinggalkan. Manakala Rusia telah membekalkan kepada China sebahagian besar produk tenaga, seperti minyak dan gas, serta produk ditapis, makanan pertanian dan produk perindustrian

Pengeluaran syarikat Barat dari Rusia telah mewujudkan peluang yang luas untuk rakan kongsi China mengambil bahagian dalam perusahaan minyak dan gas, petrokimia dan pembuatan kereta Rusia, serta syarikat yang mengeluarkan barangan pengguna, produk kaca dan bahan binaan,” kata Belousov.

Sebelum ini Presiden Vladimir Putin pernah menyatakan dalam ucapannya di forum ekonomi pada Jun yang lalu, sekatan dan keluarnya syarikat-syarikat Barat, dunia tidak akan runtuh, malah sebaliknya akan berlaku. Lebih-lebih lagi, peluang bagi usahawan Rusia telah berkembang berlipat ganda.

Pada 2022, negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ke atas Rusia sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraannya di Ukraine dan pada Februari 2023, Kesatuan Eropah pula menyekat transit barangan Eropah dan teknologi dwiguna melalui Rusia dalam pakej sekatan ke-10 .

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: