Antarabangsa

Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORTUGAL, 15 Februari 2023 – Kira-kira 4,815 kanak-kanak menjadi mangsa pencabulan seksual Dalam Gereja Katolik di Portugal sejak beberapa dekad lalu, lapor portal antarabangsa.

Sebuah suruhanjaya bebas yang ditubuhkan oleh Persidangan Episkopal Portugal telah menyiasat dan mendokumentasikan kes berkenaan bagi menyuarakan pengakuan mangsa yang selama ini berdiam diri.

Secara keseluruhan, suruhanjaya itu telah merekodkan 564 pengalaman individu-individu yang mengaku menjadi mangsa keganasan seksual oleh paderi atau pegawai gereja, sejak tahun 1950.

BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani

BACA JUGA: Rusuhan Kuil Mariamman & Kematian Adib: Pendakwaan Tutup Kes

BACA JUGA: Dakwaan Penyelewengan Zakat: MAINS Beri Kerjasama Siasatan Semula SPRM

Kebanyakan kes mendapati mangsanya merupakan remaja bawah umur, di mana majoritinya adalah kanak-kanak lelaki dan 47% adalah perempuan. Berdasarkan laporan berkenaan, 77 peratus daripada penyerang terdiri daripada paderi dan pelaku lain yang dikaitkan dengan institusi gereja.

Sementara itu, 77 peratus mangsa tidak melaporkan serangan seksual kepada pegawai gereja dan hanya 4% sahaja membuat laporan polis. Laporan turut mendapati sebanyak 25 kes telah diserahkan kepada pendakwa raya.

Presiden suruhanjaya itu, Pedro Strecht memberi penghormatan kepada ratusan mangsa yang menghubungi kakitangannya untuk memberikan keterangan.

Ujar Pedro yang juga merupakan pakar psikiatri kanak-kanak, “Mereka mempunyai suara; mereka mempunyai nama.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: