Antarabangsa

Guna “She” Terhadap Wanita, Perpustakaan Kongress AS Mohon Maaf Kepada “Them”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 Ogos 2023 – United States Library of Congress yang merupakan sebuah perpustakaan terbesar dunia telah membuat satu permohonan maaf menerusi akaun Twitter pada Isnin lalu kerana telah menggunakan ‘kata ganti nama yang salah’.

Permohonan maaf tersebut, menurut pihak perpustakaan adalah disebabkan penggunaan kata ganti nama yang salah terhadap seorang penulis ‘non-binary’ yang sedang menjalankan sesi tandatangan buku di institusi tersebut.

BACA JUGA: Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

BACA JUGA: Positif COVID-19 Boleh Keluar Mengundi Bersyarat – KKM

BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan LGBT pada Jam Swatch

Pertubuhan budaya persekutuan yang tertua Amerika Syarikat (AS) itu telah menulis di Twitter dengan hantaran berikut,

“Kami bersungguh-sungguh memohon maaf kepada Casey McQuiston kerana menggunakan kata ganti nama yang tidak tepat bagi merujuk kepadanya (them) dalam hantaran terakhir kami”.

Namun hantaran sebelumnya yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan itu telah dihapuskan dan tidak dapat dilihat di laman Twitter perpustakaan tersebut pada Selasa lalu.

McQuiston, yang menganggap dirinya sebagai seorang “queer” dan seorang yang “non-binary” telah bersama dalam sebuah sesi menandatangani buku kerana menyambut tindakan Amazon Prime dalam mengadaptasi bukunya “Red, White and Royal Blue” yang mana buku tersebut adalah bersifat LGBTQ.

Terdapat beberapa komen yang mengulas tentang tindakan memohon maaf oleh perpustakaan itu dan menyifatkannya sebagai “terlalu lawak” dan terdapat juga beberapa warga maya yang mempersoalkan sama ada institusi tersebut mempunyai hal yang penting untuk diuruskan berbanding dengan isu sedemikian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: