Tempatan

Guan Eng Kalah Kes Isu Sumbangan RM4 Juta Sekolah Cina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 21 Jun 2023 – Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star.

Hakim Quay Chew Soon berkata pendapat yang ditulis Tan dalam The Star mengenai Guan Eng dan pembiayaan untuk sekolah Cina tahun lalu adalah komen yang adil dan bukan fitnah.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Guan Eng untuk membayar kos RM20,000 terhadap Tan Teik Cheng dan RM30,000 terhadap The Star.

BACA JUGA: Katolik Digesa Nyatakan Pendirian Ke Atas Amalan Perjudian Di Malaysia

BACA JUGA: Menteri Pertahan Kenyataan Pelarian Rohingya Berpeluang Sambung Belajar Di IPTA

BACA JUGA: Trek Stadium Darul Makmur Dibuka Percuma Mulai 26 Jun

Memetik berita tempatan, peguam Guan Eng, K Simon Murali berkata bahawa anak guamnya akan merayu keputusan tersebut.

Dalam saman tersebut, Guan Eng mendakwa Tan telah membuat dakwaan palsu dalam ulasan yang diterbitkan dalam The Star, yang mempersoalkan motifnya memperuntukkan pembiayaan untuk sekolah itu ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Tan Teik Cheng dalam perbicaraan memaklumkan bahawa dia menulis ulasan itu selepas Guan Eng memperuntukkan RM4 juta kepada SJK © Kuek Ho Yao semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2021.

Tan juga berkata bahawa beliau telah dimaklumkan dengan pasti bahawa sekolah itu, sebagai balasan untuk peruntukan itu, bersetuju untuk memasukkan nama pembangunan perumahan ke dalam Namanya.

Guan eng bagaimanapun menafikannya dan mendakwa ulasan daripada Tan itu sebagai fitnah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: