Grab Singapura Umum Bakal Buang 1000 Pekerja
SINGAPURA, 22 Jun 2023 – Syarikat aplikasi Grab telah mengeluarkan kenyataan mengumumkan bahawa pihaknya akan mengurangkan 11 peratus daripada pekerja mereka yakni seramai 1,000 orang akan kehilangan pekerjaan.
Majikan bagi syarikat tersebut menyatakan bahawa pengurangan tenaga kerja itu adalah satu keperluan bagi mengurangkan kos serta memastikan perkhidmatan yang mampu milik bagi jangka masa yang panjang.
BACA JUGA: Pencemaran Sisa Buangan Industri Dikesan Di Kempas
BACA JUGA: Penulis Menang, Disaman Guan Eng Setelah Persoal Motif Sumbangan RM4 Juta Sekolah Vernakular
BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Sekeluarga Berangkat Tunai Haji
Firma yang berpusat di Singapura itu kini menawarkan perkhidmatan penghantaran, tumpangan serta beberapa perkhidmatan kewangan di lapan negara di Asia Tenggara.
Menerusi email yang dihantar kepada para pekerja mereka, Ketua Eksekutif Grab, Anthony Tan menyatakan bahawa pemotongan tersebut adalah yang terbesar sejak pandemik lalu dan bukanlah satu “jalan pintas untuk membuat keuntungan”.
Tan turut menyatakan bahawa pemotongan tersebut juga adalah berkenaan dengan impak teknologi baru serta kos pinjaman.
Ujarnya, “Perubahan belum pernah terjadi secepat seperti ini. Teknologi seperti AI kini mengalami perubahan dengan sangat pantas. Kos modal telah meningkat naik dan memberi impak secara langsung terhadap lanskap persaingan”.
Kali terakhir syarikat tersebut membuat tindakan pemotongan pekerja adalah pada tahun 2020, di mana mereka telah menutup sekitar 360 jawatan disebabkan pandemik.