Gereja Utama England Bakal Absahkan Perkahwinan Homoseks
UNITED KINGDOM, 11 Februari 2023 – Church of England akan mengurniakan keberkatan terhadap kesatuan-kesatuan awam sesama jantina setelah Sinod Umum gereja tersebut membuat undian dalam menyokong langkah tersebut.
Perkara tersebut telah diumumkan pada Khamis lalu oleh dua orang pemimpin gereja tersebut iaitu Uskup Agung dari Canterbury dan York.
Kedua-dua uskup tersebut menyatakan di dalam sebuah kenyataan bahawa mereka kini mengalu-alukan pasangan sesama jantina di gereja mereka. Mereka juga menyatakan bahawa gereja tersebut turut menghormati mereka yang mengambil pendirian bahawa perkara ini adalah agak melampau.
BACA JUGA: Tindakan Arun Doraisamy Adalah Cubaan Cetus Islamofobia – Dato’ Naser Disa
BACA JUGA: Perolok Gempa Turkiye, Charlie Hebdo ‘Diajar’ Kartunis Turkiye
BACA JUGA: Laporan Keputusan Tuduhan Gangguan Seksual Tidak Sehebat Ketika Tuduhan Dibuat – Prof Rafidah Hanim
Badan gereja utama di United Kingdom (UK) itu telah mengadakan sesi perbahasan selama 8 jam, yang mana ianya telah dimulakan pada bulan lalu.
Setelah sesi perbahasan itu selesai, mereka telah membuat keputusan berdasarkan undian, di mana sejumlah 250 undi bersetuju dengan mengabsahkan golongan sejenis itu manakala 181 undi lagi menentang langkah tersebut.
Terdapat juga sebuah pindaan yang memberi penekanan bahawa langkah yang dilakukan itu tidak mewakili kelainan daripada doktrin Gereja yang sedia ada, yang mana ianya tidak membenarkan perkahwinan sesama jenis, telah ditambah sewaktu berlangsungnya proses tersebut.
Para uskup turut akan membuat sebuah penerbitan yang bertajuk ‘Prayers of Love and Faith’ di mana ianya akan membahaskan mengenai keabsahan serta keberkatan yang diberikan Gereja terhadap pasangan sesama jantina.