Antarabangsa

GEMPAR! Pelampau Zionis Israel Koyak Dan Campak Al-Quran Ke Tanah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

URIF, 23 Jun 2023 – Seorang pelampau Zionis Israel bertindak mengoyak dan melempar al-Quran ke tanah selepas keluar meninggalkan sebuah masjid di Utara Tebing Barat baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang tular di laman Twitter, lelaki itu dilihat keluar dari masjid bersama seorang lelaki bertopeng dan seekor anjing, lalu terus mencampak al-Quran ke tanah. Dia kemudiannya dilihat mengutip semula naskhah suci berkenaan dan mengoyak helaian demi helaian.

BACA JUGA: Negara Berdepan Masalah Bekalan Ayam Bermula Ogos Ini

BACA JUGA: Penemuan Kubur Wang Kelian: Empat Warga Thailand Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini

BACA JUGA: Kapal Selam Titan Meletup, Lima Hartawan Disahkan Terkorban

Insiden penghinaan al-Quran itu dipercayai berlaku semasa rusuhan peneroka rejim haram aparteid Israel di perkampungan Urif, Tebing Barat pada Rabu lalu, namun media rejim haram Israel berkata, tiada sebarang penangkapan dibuat berikutan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, dilaporkan, lelaki bertopeng dalam video berkenaan dipercayai pernah membakar masjid, sekolah dan rumah di Palestin.

Mengulas lanjut, sebuah pertubuhan hak asasi manusia Israel, Yesh Din berpendapat, tujuan utama peneroka berbuat demikian adalah untuk menghasut rusuhan dengan melakukan pogrom (pembunuhan beramai-ramai) secara teratur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: