GEMPAR! Gempa Bumi, Tsunami & Letusan Gunung Berapi Mengamuk Di Pulau Stromboli
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ITALI, 06 Disember 2022 โ Gunung berapi Stromboli mengamuk apabila tiga bencana iaitu letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami melanda pulau tersebut kelmarin, lapor agensi berita antarabangsa.
๐ฎ๐น Italy #volcano eruption of #Stromboli in #Sicilia caused the lava and pyroclastic flows to overflow the crater terrace, causing collapses and landslides into the sea leading to 1.5 meter #tsunami pic.twitter.com/S6IX9S3dlM
โ Siraj Noorani (@sirajnoorani) December 5, 2022
Lapornya, Jabatan Perlindungan Awam Itali telah pun mengeluarkan tahap amaran berwarna jingga semalam yang membolehkan pakar untuk memantau keadaan di sekitar gunung berapi dengan lebih dekat.
Ahad lalu, Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali turut merekodkan gempa bumi yang berukuran 4.6 skala Richter di selatan gunung berapi tersebut di Laut Mediterranean.
Katanya, gempa itu akan mengakibatkan beberapa aktiviti gunung berapi baharu di kawasan itu.
Gempa itu telah menyebabkan berlakunya tsunami kecil dengan ombak setinggi 1.5 meter sekali gus menyebabkan penggera amaran di pulau itu berbunyi.
Untuk rekod, gunung berapi Stromboli dan Gunung Semeru meletus pada hari yang sama iaitu hari Ahad, seminggu selepas berlakunya letusan di gunung berapi aktif terbesar di dunia, Mauna Loa Hawaii.
Menurutย European Space Agency, gunung berapi Stromboli yang merupakan satu daripada tiga gunung berapi aktif di Itali ini sering meletus dan sentiasa aktif dengan letusan kecil.