Gempa Bumi Turkiye-Syria: Ribuan Maut, Tiada Laporan Babitkan Warga Malaysia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ANKARA, 07 Februari 2023 – Sekurang-kurangnya 2,318 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera selepas gempa bumi kuat 7.8 pada skala Richter melanda Turkiye dan Syria awal Isnin.
Setakat 11 malam semalam, Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye melaporkan jumlah kematian di Turkiye ialah 1,498 dan 8,533 orang cedera, manakala 2,834 bangunan musnah.
#PrayForTurkey Turkiye Digegar Gempa Bumi Kedua!
Menurut sumber, satu lagi gempa bumi kuat dilaporkan berlaku hanya beberapa jam selepas gempa bumi pertama hari ini.. pic.twitter.com/VKLwRQS8N9
— Samudera.my (@MySamudera) February 6, 2023
Menurut Tinjauan Geologi AS, gempa itu antara yang paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 100 tahun, berlaku di 23 kilometer (14.2 batu) timur Nurdagi, di wilayah Gaziantep di Turkiye, pada kedalaman 24.1 kilometer.
Beberapa gempa susulan kuat turut dirasai di seluruh rantau itu selama beberapa jam selepas gempa pertama, termasuk gempa bumi teruk berukuran 7.5 magnitud.
BACA JUGA: Tambak Laut, Bina Pelabuhan, Jejas Pendapatan Nelayan
BACA JUGA: Sisters In Islam, Kryss Network Dapat RM3.5 Juta Dana Daripada EU
BACA JUGA: ‘Keluarga PKR’ Moto Baharu Kerajaan Perpaduan Ganti ‘Keluarga Malaysia’?
Susulan bencana itu, Kementerian Pelajaran Turkiye mengumumkan penutupan sekolah sehingga 13 Februari depan.
Sementara itu, gempa di Syria mengorbankan 820 mangsa, iaitu 430 mangsa di seluruh kawasan yang dikawal kerajaan manakala 390 mangsa di kawasan yang dikuasai pembangkang.
Malatya Region. two children were pulled out of the rubble alive 12 hours later.
#earthquake #Turkey #Syria #earthquakeinturkey #earthquaketurkey #Turkiye pic.twitter.com/S1o3MAlztZ— !!– YO YO –!! (@NiSGill) February 6, 2023
Dalam pada itu, Malaysia menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pasukan itu dihantar selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.