Tempatan

Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Melanda Utara Sumatera, Dirasai Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2023 – Gegaran gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 skala Ritcher yang berlaku di barat daya Utara Sumatera Indonesia kira-kira pukul 10.59 malam tadi turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa itu terletak 84 kilometer (km) barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 86 km.

BACA JUGA: RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Diluluskan

BACA JUGA: Video Tular Polis Minta Rasuah, Individu Terlibat Dipanggil

BACA JUGA: Hukuman Mati Mandatori Perlu Dikekalkan Untuk Jenayah Kejam – Pihak Keluarga

“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Susulan itu, notifikasi Google telah dikeluarkan bagi memberi amaran untuk kawasan terdekat termasuk di Thailand dan Singapura.

METMalaysia turut menyatakan tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada Malaysia susulan gempa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: